Saturday 15 November 2014

HOTS/KBAT/KBKK/KBKKI

1. K2 SEJARAH SPM 2014 BANYAK DIKELUARKAN SOALAN KBAT
2. SEBAGAI CONTOH, TAJUK SUKAN/SUKMA-JAWAPAN ADALAH TIDAK TERTAKLUK DALAM BUKU TEKS
3. PELAJAR HARUS MENGUASAI JAWAPAN DI LUAR SKOP DALAM DARJAH
4, JAWAPAN ADALAH BERADA DI SEKITAR CALON-EKONOMI, POLITIK, SOSIAL,BUDAYA, TEKNOLOGI, PERPADUAN, ILMU DLL
5. BERFIKIR DI LUAR KOTAK UNTUK MENCARI JAWAPANNYA

Tuesday 8 July 2014

KEDUDUKAN SOALAN HOTS DALAM SOALAN SEJARAH SPM KERTAS 2

1.    Soalan 1 pecahan d atau e
2.    2 d/e
3.    3 d/e
4.    4 d/e
5.    5 c
6.    6 c
7.    7 c
8.    8 c
9.    9 c
10.  10 c
11.  11 c

CONTOH2 SOALAN HOTS DAN CARA MEMAHAMINYA

1. Bagaimanakah pengamalan ciri-ciri pada zaman jahiliah arab membantutkan kewujudan masyarakat bermoral(spm sebenar)

 ulasan: jawapan soalan ini adalah kesan melakukan amalan2 jahiliah
 contoh: minum arak akan menyebabkan manusia tidak dapat berfikir dengan sempurna dan membuat keputusan terburu-buru

2. Cadangkan langkah-langkah memupuk semangat cinta negara dalam kalangan pelajar sekolah.

ulasan: pelajar yang beri fakta tanpa menghurainya ( huraian ringkas) tidak akan memperolehi markah.contoh: mengadakan kempen ( 0 markah).Sepatutnya mengadakan kempen kesedaran dengan menayangkan filem berunsur patriotik seperti Hati Malaya

DASAR-DASAR ATAU PERANCANGAN KPM YANG BOLEH DIJADIKAN PANDUAN PdP.

1. vle-frog
2. HOTS ( Higher Order Thinking Skills) atau KBAT ( Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)
3. 8 peta pemikiran dalam i-think:
    3.1  Peta buih
    3.2  Peta buih berganda
    3.3  Peta pokok
    3.4  Peta dakap
    3.5  Peta alir
    3.6  Peta pelbagai alir
    3.7  Peta bulatan
    3.8  Peta titi

CARA MEMBINA SOALAN HOTS/KBAT SENDIRI

1. Jadikan satu perenggan ( mana2 perenggan) dalam buku teks sebagai contoh.
2. Soalan yang dibuat mesti tidak ada jawapan dalam perenggan tersebut.
3. Ambil satu atau dua kata kunci dalam perenggan tersebut dan dijadikan soalan.

Wednesday 18 June 2014

cara jawab K3

1. Sistem perenggan ( beberapa perenggan untuk setiap nombor soalan)
2. Tulis nombor soalan ( 1 hingga 9)
3. Sekurang-kurangnya 8 halaman atau muka surat(4 helai)

CARA MENGIRA MARKAH SEJARAH SPM

1. Wajaran K1 adalah 30 %
2. Wajaran K2 adalah 50 %
3.Wajaran K3 adalah 20 %

Contoh:

K1  34/40  X 30 = A
K2 89/100  X 50 = B
K3 98/100  X 20 = C

markah A + B + C = markah sebenar