Sunday 24 July 2011

SIKAP BERJAYA

1. Kreatif
Membuat sesuatu kerja dengan kepelbagaian kaedah
2. Inovatif
Berdaya usaha mencipta sesuatu baru yang lebih baik
3. Proaktif
Melakukan kerja mendahului arahan/permintaan
4. Produktif
Sentiasa mengeluarkan idea
5. Ketekalan
Istiqamah/komited sesuatu kerja/kesinambungan kerja/kualiti kerja yang berterusan

Wednesday 20 July 2011

SAJAK SEJARAH LAGI

Apa erti

apa ertinya jika tak tahu tanah air terjajah
apa ertinya jika tahu pernah dijajajah penjajah
sekadar mengerti tanah terjajah
Apa ertinya jika buta sejarah sendiri

apa ertinya jika kosong harga diri
apa ertinya jika minda terjajah
terjajah dengan budaya kuning celupan barat

apa ertinya jika agungkan bahasa lain
apa ertinya jika menangkan budaya asing
apa ertinya jika tak tahu mengerti
erti perjuangan serikandi lampau
darah dan keringat adalah saksi

apa ertinya jika masih tidur
dengan lena yang panjang
apa ertinya.......

Tuesday 19 July 2011

CONTOH-CONTOH SOALAN KBKK

1. Huraikan kepentingan semangat toleransi dan setiakawan dalam kalangan kaum-kaum di
Malaysia
2. Terangkan kebaikan mengekalkan perpaduan kaum di sesebuah negara
3. Mengapakah undang-undang penting dalam sesebuah negara yang berdaulat
4. Terangkan kepentingan sifat terbuka kepada sesuatu kaum
5. Nyatakan ciri-ciri seorang pemimpin yang unggul
6. Apakah cara mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah negara
7. Nyatakan kepentingan penyelidikan dan pembangunan kepada sesebuah negara
8. Apakah kebaikan sains dan teknologi kepada kesinambungan kemajuan Malaysia

Monday 18 July 2011

KAEDAH PANTUN LAGI

T5:B6:PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

TAJUK: INTIPATI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

Hal ehwal luar tanggungjawab Persekutuan
Agama rasminya agama Islam

BM bahasa kebangsaan kita
BI dan bahasa lain tetap berguna

BI bahasa rasmi Sabah dan Sarawak
ia berlanjutan selama 10 tahun

Sabah dan Sarawak diberi kuasa
kawal hal ehwal imigresen dan Perkhidmatan awam

Parlimen pula kita berbincang
sarawak dapat 24 kerusi, sabah 16 kerusi dan Singapura 15 kerusi

Bincang pula tentang taraf
Bumiputera sabah dan sarawak sama taraf Orang Melayu di tanah melayu

KAEDAH PANTUN

T5:B6: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

TAJUK: PERJANJIAN MALAYSIA

Akta Malaysia diberi nama
ia peruntukan yang amat bermakna
tergabungnya tanah Melayu, sabah, Sarawak dan Singapura
malaysia berdaulat itulan namanya

Ratu Elizabeth 2 perkenankan Akta Malaysia
parlimen British yang luluskannya

parlimen tanah Melayu luluskan Perjanjian Malaysia
Dewan Perhimpunan singapura juga luluskannya

majlis Undangan sarawak turut luluskan
Majlis undangan sabah menurut saja

Yang Dipertuan Agong turut luluskan
16 september malaysia rasmi ditubuhkan

Sunday 17 July 2011

CARA-CARA MEMASUKKAN HAFALAN KE INGATAN JANGKA PANJANG (KEKAL )

1. Nota lengkap
2. Nota 40 minit ( dalam kelas bersama guru)
3. Nota tokoh dan peristiwa ( ikut bab )
4. Nota contengan ( setelah baca buku,keluarkan apa yang teringat ke dalam buku ini )
5. Kad imbas
6. Sistem file

cara belajar

1. kaedah melukis
2. peta minda
3. rakaman suara ( dengar berulang-ulang )
4. kad imbas
5. dialog
5. Cerita
6. puisi- sajak,pantun
7. Senikata- lirik lagu/muzik
8. jadual( fakta-kata kunci )

p/s:

1. ULANGAN ialah proses belajar
Gunakan teknik ini. ulangan mesti konsisten.
2. Gunakan IMAGINASI anda yang luas ( gambarkan isi pelajaran dalam kotak fikiran)

SUB TOPIK PILIHAN SPM 2011

SUB TOPIK PILIHAN SEJARAH SPM 2011

TINGKATAN 4

TEMA 7 ( BAB 1,2 DAN 3)
TEMA 8 ( BAB 4,5,6,7 DAN 8 )
TEMA 9 ( BAB 9 DAN 10 )

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA
Tamadun Indus ( ciri-ciri dan sumbangan )
Tamadun Hwang Ho ( ciri-ciri dan sumbangan )

BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN
Peluasan kuasa ( Yunani, Rom, India dan China )
Peningkatan ekonomi ( YRIC )
Pendidikan ( tamadun China )
Bahasa dan sastera ( YRIC )

BAB 5 : KERAJAAN ISLAM MADINAH
Perjanjian Aqabah ( 1 dan 2 )- isi2 perjanjian
Hijrah ( sebab dan tujuan, kepentingan )
Piagam Madinah ( isi kandungan )
Pembukaan semula Kota Makkah ( faktor dan kepentingan )



BAB 6 : PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA
Khalifah Uthman al- affan ( jasa )
Khalifah Ali bin Abu Talib ( jasa )
Bani Umayyah ( tahap 1 dan 2)- pembentukan dan jasa
Bani Abasiyyah – Pembentukan dan sumbangan

BAB 10 : DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA
Kemasukan buruh luar ( dari china dan India)- 6 cara
Kewangan dan insurans
Undang-undang berhubung tanah
Dasar British terhadap pekebun kecil
Kesan-kesan dasar ekonomi:
- Pembandaran
- Masyarakat berbilang kaum/majmuk
- Pendidikan Vernakular
- Perkilangan
- Pengangkutan dan perhubungan
- Kesihatan










TINGKATAN 5

TEMA 10 ( BAB 1DAN 2 )
TEMA 11 ( BAB 3,4,5,6,7 DAN 8 )
TEMA 12 (BAB 9 )

BAB 1 : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI
ASIA TENGGARA

Perubahan sistem politik- 5 ciri umum birokrasi barat
Filipina ( sebelum dan semasa Sepanyol)
Indonesia ( sblm dan sms Belanda )
Burma ( sblm dan sms British )
IndoChina ( sblm dan sms Perancis )
Kes. Melayu Melaka, NNM ( British )
Thailand ( birokrasi barat ) yang dibawa Mongkut dan Chulalongkorn

BAB 4 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
Malayan Union ( spm 2006 )-sebab,ciri2,reaksi dan
cara orang Melayu Vs MU)

BAB 5 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
Perikatan ( pilihan raya bandaran,negeri dan Umum/MPP 1955 )
Suruhanjaya Reid
Isi-isi Penting Perjanjian PTM 1957
Kepentingan Perjanjian PTM 1957

BAB 6: PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA Malaysia

Langkah2 Pembentukan Malaysia (lawatan ke Sabah dan Sarawak,
JPPK-J/k Perunding perpaduan kaum, S.Cobbold,JAK-J/k antara kerajaan
dan UNMM-United Nations Malaysia Mission oleh PBB melalui Lawrence
Michaelmore)

Perajanjian Malaysia 1963- Akta Malaysia diperkenan Ratu Elizabeth 2,
Parlimen Britain,parlimen TM,Majlis Undangan Sabah/S,
Dewan Perhimpunan Singapura, YDPA (16/9/63 )

Intipati Perjanjian Malaysia 1963


BAB 9 : MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
Perang Dunia Pertama ( faktor dan kesan )
Blok Dunia dan Perang Dingin
5 Asas penggubalan Dasar Luar Malaysia
Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa:
- Komanwel
- NAM
- Negara-negara Selatan
- OIC
Malaysia dalam pertubuhan serantau
- ASA
- MAPHILINDO
RUMUSAN.
1) Analisa ini berpandukan sub topik yang sudah lama keluar spm ( MU 2006 )
dan yang belum keluar SPM
2) Baca semua bab dulu
3) Bila mahir,baharulah fokus sub topik pilihan 2011!
4) KUASAI TEMA YANG MENGANDUNGI SEDIKIT BAB
T4
TEMA 9 ( BAB 9 DAN 10 )

T5
TEMA 10 ( BAB 1 DAN 2 )
TEMA 12 ( BAB 9 )

Thursday 14 July 2011

KAEDAH MENGINGAT

Tajuk: Kekuatan tentera Turki Uthmaniyyah

Hafiz : aku kagum betul dengan tentera turki uthmaniyyah.
Zairos : kenapa?macam bagus saja bunyinya.
Hafiz : yalah.mereka ada 300 buah kapal perang,54 ribu tentera dalam pasukan elit
Janissari,pasukan Infantri
Zairos : lagi..
Hafiz : mereka juga ada tentera berkuda dan senjata moden.Meriam besar pun ada
Zairos : hebat...memang hebat
Hafiz : tahu tak apa...

CONTOH KAEDAH MENGINGAT

Tajuk: Cara orang melayu menentang Malayan Union

" wahai orang-orang melayu,marilah kita menulis keburukan Malayan Union dalam akhbar,kita hidupkan balik persatuan-persatuan melayu,kita tulis surat bantahan ke London,kita buat rapat umum dan berdemostrasi.

" wahai orang-orang melayu marilah kita buat kongres 1 dan 2, kita tubuhkan UMO dan UMNO.Kita berterima kasih kepada raja-raja kerana sanggup berkumpul di Kuala Kangsar tanda bantahan kepada Malayan Union.

PANTUN SEJARAH

Gegak gempita bunyinya guruh
tanda hujan menjengah tiba
Ilmu sejarah terpahat kukuh
buat pedoman di hari muka

Enak sungguh si buah berangan
enak dimakan bersama kuah
sejarah melayu dilupa jangan
agar belia tegak bermaruah

Gula melaka dibuat manisan
sebagai tanda hati tersemat
perpaduan bangsa tongak wawasan
jadi pegangan semua umat

SAJAK BUAT PENCINTA SEJARAH

Perjuangan oh perjuangan
telah sebati kemas di dada - dada pahlawan
Tok janggut di Kelantan
Datuk Bahaman pahlawan Semantan
Mat Salleh panglima negeri di bawah bayu
Rentap Linggir pendekar Sarawak

Perjuangan oh perjuangan
menyelimuti erat hati jiwa-jiwa merdeka
generasi muda pewaris takhta
tetap menggengam kukuh
erti perjuangan sebenar.......

Wednesday 13 July 2011

CARA UNTUK MINAT SEJARAH

1. Mohon Tuhan bukakan hati kita agar kita minat sejarah
2. Ingat jasa tokoh terdahulu
3. Buat catatan sejarah sendiri ( apa yang kita buat semalam dll )
4 baca peristiwa sejarah ( peristiwa bukit kepong, Leftenan adnan bin saidi )
5. Sukakan guru sejarah
6. Ingat masa depan negara ( apa akan jadi jika lupa pada sejarah? )
7. Pelbagaikan kaedah mengingat dan menghafal ( seperti teknik akronim,imaginasi,lukisan,jadual,fakta,kad imbas,pantun,sajak,muzik,lagu,rakam suara kita dan dengar berulang-ulang,buat buku contengan,peta minda)
8.tawakal ( berserah diri setelah berusaha ) pada Tuhan
9.belajar berkumpulan
10. sediakan buku kecil untuk mencatat apa saja tentang sejarah

NOTA : T4:B1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA


TINGKATAN  4
BAB 1:   KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA
1)            Berikan ciri-ciri masyarakat paleolitik dan mesolitik
                -              nomad/pindah randah
                -              tinggal di tepi tasik
                -              di tepi sungai
                -              di dalam gua
                -              hidup dalam kelompok/berkumpulan( kecil )
                -              hidup dalam keluarga
                -              pungut hasil hutan
                -              memburu binatang
                -              menangkap ikan
                -              alatan batu mementingkan fungsi/peranan daripada nilai seni
                               
                                                                                                                      ( 10 markah)
2)            senaraikan ciri-ciri manusia zaman neolitik
                -              menetap
                -              kelompok yang besar/bermasyarakat
                -              bercucuk tanam
                -              menternak binatang
                -              alatan batu berjaya dilicinkan
                -              alatan batu banyak/pelbagai fungsi
                -              cipta tembikar
                -              pembahagian tugas/pengkhususan kerja
                -              menghasilkan artifak yang lebih baik
                -              melebur logam
                -              menghasilkan makanan melebihi keperluan
                -              wujud sistem pertukaran barang/barter    
                                                                                                                  ( 12 markah )

3)            Nyatakan ciri-ciri masyarakat zaman Logam
                -              Terbahagi kepada zaman gangsa dan besi
                -              cipta perahu
                -              rumah
                -              dapat teroka lautan
                -              buat perdagangan maritim
                -              muncul petempatan besar
                -              muncul kota pertahanan
                -              berkembang menjadi bandar/kota
                -              contoh kota Jericho ( Jordan ) dan Catal Huyuk ( Turki )
                                                                                                                                   ( 9 markah )

Tuesday 12 July 2011

ANTARA INGATAN JANGKA PENDEK DAN INGATAN JANGKA PANJANG

1. Ingatan jangka pendek tidak kekal lama
2. Ingatan jangka panjang akan kekal lama
3. Teknik ULANGAN adalah strategi paling ampuh untuk sampai ke fasa ingatan jangka panjang
4. Ulanglah secara berterusan
5. Pelajar yang mengulang 7 kali untuk satu topik tidak akan sama hasilnya dengan pelajar yang ulang 21 kali
    untuk tajuk yang sama.Begitulah seterusnya.

PETUA SKOR A+ SEJARAH SPM

1. Nota lengkap
2. Nota 35/40 minit ( pengajaran dan pembelajaran formal )
3. Jadual belajar ( kelas anjal )
4. Nota tokoh dan peristiwa
5. Nota contengan ( 'recall' )
6. kad imbas atau 'flash card'
7. Sistem file

CARA JAWAB SOALAN STRUKTUR SEJARAH SPM KERTAS 2

1. Tidak perlu ayat yang panjang
2. Tulis fakta  lebih daripada markah yang diminta
3. gunakan semaksima mungkin ruang/tambah ruang sendiri

TEKNIK JAWAB ESEI SEJARAH SPM

1. Gunakan perenggan demi perenggan
2. Tidak boleh guna fakta atau sistem point
3.Guanakan ayat lengkap
4.Buat rangka
5.30 minit untuk satu soalan

KAEDAH JAWAB SOALAN KBKK SPM KERTAS 2

1. Gunakan maklumat 5 rukun negara,Gunakan ayat sendiri.
2.  Gunakan maklumat 9 cabaran wawasan 2020. bina ayat sendiri.
3.  Cari idea berkenaan bidang ekonomi ( pertanian, perkilangan dll)
4.  Cari idea berkenaan bidang politik ( hubungan diplomatik, kerjasama sesama negara dll )
5.  Cari idea berkenaan bidang sosial ( perpaduan, pendidikan,budaya,cara hidup, adat resam dll )

SELAMAT MELAYARI BLOG SEJARAH CIKGUZURI

salam selamat sejahtera kepada semua

semoga blog ini berguna untuk seluruh warga pendidik dan para pelajar di Malaysia

sesungguhnya blog ini dibina untuk berkongsi ilmu sejarah tanahair