Saturday 15 November 2014

HOTS/KBAT/KBKK/KBKKI

1. K2 SEJARAH SPM 2014 BANYAK DIKELUARKAN SOALAN KBAT
2. SEBAGAI CONTOH, TAJUK SUKAN/SUKMA-JAWAPAN ADALAH TIDAK TERTAKLUK DALAM BUKU TEKS
3. PELAJAR HARUS MENGUASAI JAWAPAN DI LUAR SKOP DALAM DARJAH
4, JAWAPAN ADALAH BERADA DI SEKITAR CALON-EKONOMI, POLITIK, SOSIAL,BUDAYA, TEKNOLOGI, PERPADUAN, ILMU DLL
5. BERFIKIR DI LUAR KOTAK UNTUK MENCARI JAWAPANNYA

Tuesday 8 July 2014

KEDUDUKAN SOALAN HOTS DALAM SOALAN SEJARAH SPM KERTAS 2

1.    Soalan 1 pecahan d atau e
2.    2 d/e
3.    3 d/e
4.    4 d/e
5.    5 c
6.    6 c
7.    7 c
8.    8 c
9.    9 c
10.  10 c
11.  11 c

CONTOH2 SOALAN HOTS DAN CARA MEMAHAMINYA

1. Bagaimanakah pengamalan ciri-ciri pada zaman jahiliah arab membantutkan kewujudan masyarakat bermoral(spm sebenar)

 ulasan: jawapan soalan ini adalah kesan melakukan amalan2 jahiliah
 contoh: minum arak akan menyebabkan manusia tidak dapat berfikir dengan sempurna dan membuat keputusan terburu-buru

2. Cadangkan langkah-langkah memupuk semangat cinta negara dalam kalangan pelajar sekolah.

ulasan: pelajar yang beri fakta tanpa menghurainya ( huraian ringkas) tidak akan memperolehi markah.contoh: mengadakan kempen ( 0 markah).Sepatutnya mengadakan kempen kesedaran dengan menayangkan filem berunsur patriotik seperti Hati Malaya

DASAR-DASAR ATAU PERANCANGAN KPM YANG BOLEH DIJADIKAN PANDUAN PdP.

1. vle-frog
2. HOTS ( Higher Order Thinking Skills) atau KBAT ( Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)
3. 8 peta pemikiran dalam i-think:
    3.1  Peta buih
    3.2  Peta buih berganda
    3.3  Peta pokok
    3.4  Peta dakap
    3.5  Peta alir
    3.6  Peta pelbagai alir
    3.7  Peta bulatan
    3.8  Peta titi

CARA MEMBINA SOALAN HOTS/KBAT SENDIRI

1. Jadikan satu perenggan ( mana2 perenggan) dalam buku teks sebagai contoh.
2. Soalan yang dibuat mesti tidak ada jawapan dalam perenggan tersebut.
3. Ambil satu atau dua kata kunci dalam perenggan tersebut dan dijadikan soalan.

Wednesday 18 June 2014

cara jawab K3

1. Sistem perenggan ( beberapa perenggan untuk setiap nombor soalan)
2. Tulis nombor soalan ( 1 hingga 9)
3. Sekurang-kurangnya 8 halaman atau muka surat(4 helai)

CARA MENGIRA MARKAH SEJARAH SPM

1. Wajaran K1 adalah 30 %
2. Wajaran K2 adalah 50 %
3.Wajaran K3 adalah 20 %

Contoh:

K1  34/40  X 30 = A
K2 89/100  X 50 = B
K3 98/100  X 20 = C

markah A + B + C = markah sebenar

Tuesday 6 May 2014

Arahan kepada calon

1. tulis dalam sistem perenggan untuk k2
2. jika keliru fakta dan huraian, tulis kesemua yang keliru.Tulis dalam banyak ayat.ini memudahkan pemeriksa
3. jika rasakan salah, jangan garis atau tulis batal.biarkan.pemeriksa akan baca.jika betul ada markah.
Kaedah menguasai nota sejarah

1. Peta minda
2. 8 peta pemikiran dalam i-think
3. latihan
4. betulkan kesilapan dalam latihan
5. latihan berkala
cara pupuk pelajar minat sejarah

1. Pelajar sebagai peneroka/inkuiri/penemuan/ingin tahu
2. Guru sebagai Fasilitator atau Pemudahcara
3. fakta bukan dihafal tetapi difahami dan dihayati
4. PKN iaitu Pengetahuan, Kemahiran, Nilai bergerak seiring
5. galakan dan pujian kepada pelajar
6. PdP yang santai dan seronok/kuiz/
Persediaan guru Sejarah

1. Sistem fail seperti fail meja, fail - fail Panitia
2. Menggubal soalan ujian dan peperiksaan
3. Menyemak latihan pelajar
4. Memberi latihan pelajar untuk disemak/cap oleh Pengetua
5. Bersedia dicerap oleh pengurusan sekolah dan Jemaah Nazir
6. Sentiasa target untuk mencapai gred yang lebih tinggi
7. Minat dengan subjek sejarah
8. Dokumentasi
9. Kepelbagaian dalam PdP
10. ICT dalamPdP
11. Penggunaan Blog
12. VLE FROG


Tajuk-tajuk pilihan spm 2014

1. Tamadun Hwang Ho
2.  Dasar-dasar Pendidikan Kebangsaan
3. Falsafah Pendidikan Negara
4. Hijrah
5.P.Aqabah 1 dan 2

Tips mendapat markah penuh soalan HOTS/KBAT

1. Jawapan mesti khusus
   contoh: cara-cara membentuk pelajar menghargai tokoh pejuang kemerdekaan
   jawapan khusus: Mengadakan ceramah dengan menjemput panel yang pakar untuk membicarakan
                              sumbangan Tun Razak kepada negara( 1 markah)
jawapan umum :   Mengadakan ceramah( tiada markah)
                              Mengadakan pameran( tiada markah)

2.sentiasa beri lebih isi/fakta sebagai ' back up'.


CIRI-CIRI PELAJAR SEJARAH

1. Bersedia untuk belajar sejarah
2. Menggunakan sejarah untuk pengalaman yang berharga
3. Menggangap sejarah sebagai subjek yang berperibadi dan serius
4. Bangga akan negara dan tokoh-tokoh sejarah
5.Merasa sedih andai sejarah negara diperkotak-katikkan
6.Pembela sejarah bila ada kuasa
MASA DEPAN SUBJEK SEJARAH BERADA DALAM PERSOALAN INI.

Soalan: Cikgu, mengapa pelajar harus belajar sejarah?

Jawapan 1: untuk mengajar erti syukur dan bangga kepada tokoh2 terdahulu. sejarah juga mengajar
                   erti cinta akan negara dan semangat patriotik yang tinggi. Jati diri yang mendalam tidak
                   akan dikecap tanpa pemahaman sejarah yang jitu dan unggul. Sejarah memberi manusia
                   peluang dan ruang untuk mencipta masa depan yang gemilang dan mengajar manusia
                   tidak mengulangi kesilapan yang sama.


Jawapan 2: kamu dalam negara yang membangun telah mempersoalkan kepentingan sejarah.Cuba
                  jawab persoalan ini kerana ia adalah jawapan sebenar kepada soalan kamu tadi.

                 Mengapa penduduk negara semaju Amerika, Russia, Jepun dan Perancis masih mendidik
                 rakyatnya agar terus menguasai sejarah?

Tuesday 22 April 2014

perkembangan kerjaya

1.Setiap projek mesti laporan bercetak/dokumentasi
2.Program mesti dapatkan ' feedback' daripada pelajar
3. Simpan surat yang diperolehi
4. Simpan sijil2 yang diperolehi
5.Kemahiran memberi ceramah perlu diasah
6.Kepelbagaian teknik PdP
7. Penggunaan fail yang pelbagai
8.Sebagai pengurus/ketua Panitia
9.Jalinan dengan sekolah2 lain

program sejarah

1. kelas tambahan berpusat
2. kelas petang
3. rekreasi sejarah
4. kolaborasi
5. Perkampungan ilmu siri 1 dan 2
6.Jadual anjal
7.Penggunaan pelbagai modul
8.slot sabtu
9.Soalan mingguan
10.soalan masa cuti sekolah
PETUA JAWAB KERTAS 1 SEJARAH SPM

1. Jawab soalan mudah dahulu
2. Jawab 1 soalan dan terus tanda pada omr
3. Bilang jumlah ABCD.Biar sekata dan seimbang
4.Jawapan sama tidak boleh berturutan lebih daripada 3

tips jawab sejarah spm kertas 2

1. Tulis dalam sistem perenggan
2.  3 atau 4 baris untuk satu perenggan adalah ideal
3. Buat rangka terlebih dahulu
4.Patuhi masa( struktur/15 minit satu soalan dan esei/30 minit untuk satu soalan)
5. Jika berlaku kekeliruan fakta, tulis semua fakta yang keliru dengan banyakkan ayat2 dan noktah
6. Selang sebaris antara perenggan
7. Jaga Tulisan
8.Untuk struktur-boleh tambah dengan helaian tambahan.ikat sekali.
9sekiranya salah jangan dipotong dan ditulis batal.biarkan saja perenggan yang salah itu
10. antara soalan dan pecahan soalan tinggalkan 10 baris


Perkara yang perlu dijaga oleh guru sejarah dalam PdP

1.Pengetahuan (P)
2.Kemahiran(K)
3.Nilai(P)

Pengetahuan
- Buku teks
- sumber lain

Kemahiran
- Kemahiran pemikiran sejarah seperti empati
-juga boleh ditafsirkan sebagai pendekatan pengajaran yang digunakan guru dalam kelas

Nilai
-Nilai murni yang boleh diambil dan dijadikan iktibar daripada tajuk/isi pelajaran
- Contoh semangat patriotisme

ke tiga-tiga aspek ini WAJIB berjalan serentak semasa Pdp
ciri-ciri guru sejarah

1. Memahami objektif sejarah dalam SP dan HSP
2. Rancangan Pelajaran Tahunan
3. Rancangan Pelajaran Harian/Buku Rekod Mengajar
4. Guru sbg fasilitator
5. Pelbagai kaedah PdP seperti ict-blog, vle-frog
formula menjawab soalan HOTS/kertas 2 spm sejarah

1. Rukun Negara
2. Tonggak 12
3. Wawasan 2020
4. Nilai2 murni
5. ekonomi
6.politik
7.sosial/budaya/pendidikan
program kolaborasi sebuah kembara ilmu sejarah

Program ini melatih pelajar sendiri.Pelajar ini akan ke sekolah luar dan berkongsi ilmu.mereka menjadi fasilitator kepada para pelajar luar.

Guru menyediakan modul untuk dipenuhkan oleh para pelajar.Pelbagai kaedah mengingat boleh digunakan untuk menjawab modul yang diberikan.Antaranya:

1. 8 peta pemikiran dalam i-think
2. peta minda
3. kata kunci
4. lukisan
5. akronim
6. ayat/cerita
7. dialog
8. socrates/5w 1h
9. puisi/pantun dll
10. lagu/lirik muzik

SPM  KERTAS 2
- Soalan HOTS berada di nombor 1 d/e, 2 d/e, 3 d/e, 4 d/e, 5 c, 6c, 7c, 8c,9c,10c dan 11c
- contoh soalan:

1. Apakah impak yang timbul jika perbuatan tidak bermoral seperti minum arak dan berzina berterusan diamalkan oleh masyarakat sesebuah negara ( 4 markah)

2. Cadangkan cara-cara meningkatkan prestasi akademik pelajar Malaysia(3m)

3. Apakah cara-cara membendung sikap liar masyarakat seperti merempit dan gejala melepak(4 m)

4. Melalui pengetahuan sejarah anda, apakah cara-cara memajukan sistem pendidikan di Malaysia(3m)

Monday 21 April 2014

cara belajar

1. nota lengkap
2. fail individu
3. fail kumpulan
4. buku contengan
6 tahap penguasaan:

1. Mengetahui
2. Memahami
3. Menerangkan
4. Menguasai maklumat
5. Membuat penilaian
6. Menjana idea
sebagai permulaan mengenali zaman air batu,guru-guru boleh menggunakan filem 'ice age' siri 1,2 dan 3 untuk ditonton oleh para pelajar.

pelajar akan ditunjukkan keadaaan suhu yang ekstrim, haiwan-haiwan yang pernah hidup dan tumbuhan-tumbuhannya(biji benih)
Mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran(DSKP) sejarah akan ditulis mengikut kronologi iaitu bermula zaman air batu, zaman pra sejarah, tamadun awal, peningkatan tamadun, tamadun Islam dan seterusnya pembentukan negara -negara merdeka