Tuesday 6 May 2014

MASA DEPAN SUBJEK SEJARAH BERADA DALAM PERSOALAN INI.

Soalan: Cikgu, mengapa pelajar harus belajar sejarah?

Jawapan 1: untuk mengajar erti syukur dan bangga kepada tokoh2 terdahulu. sejarah juga mengajar
                   erti cinta akan negara dan semangat patriotik yang tinggi. Jati diri yang mendalam tidak
                   akan dikecap tanpa pemahaman sejarah yang jitu dan unggul. Sejarah memberi manusia
                   peluang dan ruang untuk mencipta masa depan yang gemilang dan mengajar manusia
                   tidak mengulangi kesilapan yang sama.


Jawapan 2: kamu dalam negara yang membangun telah mempersoalkan kepentingan sejarah.Cuba
                  jawab persoalan ini kerana ia adalah jawapan sebenar kepada soalan kamu tadi.

                 Mengapa penduduk negara semaju Amerika, Russia, Jepun dan Perancis masih mendidik
                 rakyatnya agar terus menguasai sejarah?

No comments:

Post a Comment